Followers

Thursday, June 2, 2016

#SusunAtur : Tudung Kerja

Assalamualaikum wbt... 
Dah lama sangat bonda tak bersiaran... 
Bersawang macam rumah hantu dah rasanya blog ni... 
hahaha😂😂😂

Kali ni, bonda nk berkongsi tentang #susunatur tudung kerja...
Almaklum la,
bonda ni kerja dlm badan beruniform jabatan kerajaan.
Hari² akan sauk tudung yang sama warna ke pejabat...
Tapi jangan salah sangka, bonda bukan jenis hentam keromo dgn pakaian jabatan...

-------------------------------------------------------------------

Bonda memulakan kerjaya dalam jabatan pada tahun 2007...
Pada tahun ni (2007) tudung yang popular adalah tudung bawal tapi,
tudung dibekalkan oleh jabatan ialah tudung 4segi material shiffon...
Ramai kawan-kawan yg seangkatan bonda tak nak / tak suka pakai tudung yg dibekalkan...
Antara sebab utamanya ialah :
1. Lembik,
2. Susah Bentuk

Bagi bonda yang br setahun tinggalkan zaman persekolahan pada masa tu,
lilinkan tudung adalah perkara normal, hehehe...

So  ke pejabat lah dengan tudung berlilin pada masa tu.

Tapi part yang paling kelakar apabila hujan.
Pasti akan ada officer lelaki yang bertanya :
Kenapa air hujan bertakung atas tudung kau???
Hahaha, gelak besau bonda setiap kali diajukan soalan cam gini...
korang mesti boleh faham kan???
Silap-silap kau pun gelak baca part ni, hehehe...

Tahun berganti tahun,
tudung pertama yang dibekalkan oleh jabatan masih bonda gunakan sehingga tahun 2016 ni...
Tapi bonda dah seiringkan tudung berkenaan sama tingkat dengan fesyen terkini...

tadaaaaaaa...
(lihat gambar di bawah)



Bonda da transform tudung berkenaan menjadi shawl...
Makanya, berkeknis lah bonda pada hari-hari tertentu apabila ke pejabat...
Nampak tak???
taknak kalah melaram bila ke pejabat...
hehehe

Prinsip bonda senang je,
selagi apa yang bonda pakai tu dibekalkan oleh jabatan,
transform la macamana rupa bonda berani pakai ke pejabat...

-------------------------------------------------------------------

Dalam tahun 2010 jabatan bekalkan tudung berawning...

Tudung berawning yang pertama dibekalkan jabatan tak mencapai piawaian.
Bonda pon tak tau mana tercampak tudung tu...
Tudung seterusnya dibekalkan bersemenggah selepas dikomplen, ooopppsss...🙊🙊🙊

Tapi 2016 ni bukan trend tudung berawning kan???
rata² nya selesa tudung tak berawning

Makanya, terjadi lagi transform pada tudung yang dibekalkan jabatan...
dan seperti biasa, bonda tetap pada prinsip transform bonda, hehehe...
Selagi dibekalkan oleh jabatan transform camna rupa pun bonda tetap sarung ke pejabat...



dan untuk kali ni,
bonda datangkan combination shiffon 2007
bersama tudung segera...
nampak tak yang awning tu kain shiffon???

Perangai transform tudung jabatan tak terhenti setakat tu, hehehe...

Kawan sepejabat pula mengajar bonda...
buangkan "cap awning" ...



Makanya....
terjadilah rupa yang sebegini setelah dibuang "cap awning"

walaupon menyarung uniform ketika bertugas, MELARAM itu perlu...
hahaha

-------------------------------------------------------------------

Hari² basuh tudung yang sama...
Tak rasa ke macam ulang pakai tudung yang da basuh???
Jawapan bonda : TAK
Cer korang zoom kan gambau kat bawah ni...
Bonda da hantar jahit halus berwarna utk setiap tudung...
Makanya, TAK AKAN berlaku ulang pakai tudung yg sama dalam seminggu...
Kadang², bonda boleh matchkan baju (beruniform hanya di pejabat) ke pejabat mengikut warna benang pada tudung...
cara ini boleh meniupkan aura posotif setiap hari ke pejabat...

Macamtu la kesahnya / rupanya bonda #susunatur tudung kerja...

p/s : ada ternampak label ariani dan jakeL pada tudung...
cerita pasal tudung je tp panjang lebau gak, hehehe...
lepas rindu di alamaya...


*kekemasan itu perlu dalam berpakaian*
#tolongjagapenampilan

3 comments:

aziazib said...

kastam kan. kita dah sama jabatan...

bondalesungpipit said...

Really sis azi azidah???
dapat eh W27 yg i.view tu???
Bertugas di mane???

Diana said...

Assalamualaikum..

Salam kenal..
Dengar bahasa panggilan "Bonda" ingat mak-mak..
Sekali croll lagi.. dan lagi... cunn rupanya bonda ni..hihihhi

Bestkan boleh berpakaian kemas beruniform.. segak bergaya je rasa.
Part jahit halus warna warni tepi tudung tu best..
Terfikir pulak dengan cara tu akan membuatkan tidak ulang pakai tudung yang sama ye..hihi
Bijak-bijak..

Boring-boring jom singgah blog kecil saya..
www.apabilaazambercerita.blogspot.com
Cerita perihal anak-anak je pun..hhhehehhe

Selamat Hari Raya!

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ