Followers

Friday, June 12, 2015

Teks Pemudah Cara Malam APC 2014

Assalamualaikum wbt...
Dah lama sangat bonda tak bersiaran...
Untuk kali ni, bonda bercerita tentang Majlis APC JKDM Pulau Pinang 2014.
Malam tu bonda diamanahkan untuk menjadi juruacara majlis...
Dalam n3 ni bonda nak share #susunatur teks juruacara majlis...
Kalau sesiapa nak copy paste nanti, silakan...
Kalau yang terbaca ni n rase ade persamaan dengan mane-mane artikel, MAAF...
Ada juga yang bonda copy paste tp tak boleh nak tag la sebab dah tak ingat copy paste dr mane



Bersama pasangan emcee...x discuss tema...

Ok, jemput baca teks yang telah bonda karang



Acara  Teks Pengacara Catatan
 Acara 1  Mengumumkan ketibaan
 Ketibaan wakil  Ketua   Yang Berbahagia, Dato' Haji Matrang bin Suhaili, JAZ
 Pengarah Kastam  Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia
 Malaysia  Penguatkuasaan dan Pematuhan
 bersama isteri,
 Yang Berbahagia, Datin Sharifah Halimah bt. Tunku Taha.
 Acara 2  Dari Dewan Pulau Jerejak Komplek Kastam Seberang Jaya, 
 Tarian Pembukaan  Pulau Pinang mempersembahkan… INTAN
 -Tarian Pembukaan- 
 Terima Kasih diucapkan kepada JKDM Fitness Dancer dari
 Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan JKDM Pulau Pinang
 Acara 3
 Alu-aluan Renyai menyapa gerimis petang, JAZ
 Pengacara Majlis Mari berteduh di pohon bidara,
Pemanis kalam Selamat Datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
 Bismillah hirrahman nirrahim….
 Assalamualaikum wbt,
 Salam Sejahtera,
 Salam 1 Malaysia dan
 Salam 1 Kastam
Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di Dewan Jerejak kita bersua
 Acara 4  Yang Berbahagia, Dato' Haji Matrang bin Suhaili,
 Alu-aluan   Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia INTAN
 Pengacara Majlis  Penguatkuasaan dan Pematuhan
 dan isteri,
 Yang Berbahagia, Datin Sharifah Halimah bt. Tunku Taha.
 Yang Berbahagia, Dato' Haji Zulkifli bin Yahya
 Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang
 Yang Dihormati, Tuan Abdul Latif bin Abdul Kadir
 Pengarah Kastam Negeri Kedah
 Yang Dihormati,  Tuan Awai bin Mamat
 Pengarah Kastam Negeri Perak
 Yang Berbahagia, Dato' Mohd Pudzi bin Man
 Pengarah Kastam Negeri Perlis
 Yang berusaha,
 Tuan Najimudin bin Mohamad Ali
 Ketua Bahagian KPSM merangkap
 Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
 Majlis Penyampaian APC Tahun 2014
 Timbalan-timbalan Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang
 Penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  2014
 Seterusnya, warga dewan yang dihormati sekalian.
 Acara 4 Kuning emas masaknya padi
 Alu-aluan  Mawar merah dahan berduri INTAN
 Pengacara Majlis Terima kasih daun keladi
Kerana sudi bertandang di sini
 Majlis dengan berbesar hati mengucapakan Selamat Datang,
 Ahlan Wasahlan kepada :
 Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin,
 Tuan-puan yang dirai serta sidang hadirin ke
 Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidamatan Cemerlang  2014
 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kita
 ruang dan peluang bagi menjayakan majlis yang berprestij  ini.
 Acara 5 Menadah tangan tanda kerendahan
 Bacaan Doa Lafaz Bismillah memperkukuh tautan JAZ
Doa dipohon menagih pengharapan
Agar majlis dinaungi keberkatan
 Bagi memberkati Majlis  pada hari yang penuh bermakna  ini, 
 marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
 bacaan doa yang akan dipimpin oleh 
 Tn. Badrul Hisham bin Adam.
 Majlis dengan sukacitanya mempersilakan
-Bacaan Doa-
 Amin, Amin  Amin Ya robbal A’lamin.
 Acara 6 Adat bahasa menyampaikan pesan
 Ucapan PKN Adat upacara menyampaikan ucapan INTAN
 Pulau Pinang
 Sebagai pembuka persada ucapan, dijemput
 Yang Berbahagia Dato' Hj. Zulkifli b. Yahya
 Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang
 Untuk Menyampaikan Ucapan Aluan
 Yang Berbahagia Dato, dgn Sukacitanya Dijemput…
-Ucapan PKN JKDM Pulau Pinang-
Rama- rama di pohon meranti
Tempat mainan unggas dan mawas
Amanat Dato tersemat di hati
Isi ucapan tuntas dan bernas
 Acara 7 Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
 Ucapan KPK Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya JAZ
Tak lengkaplah majlis jika Dato tidak berbicara
 Majlis dengan takzimnya menjemput
 Yang Berbahagia, Dato' Haji Matrang bin Suhaili,
 Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia
 Penguatkuasaan dan Pematuhan
 Untuk menyampaikan ucapan dan amanat
 Majlis dengan berbesar hati mempersilakan
-Ucapan Yang Berbahagia Dato-
 Hadirin yang dimuliakan, 
Ucapan aluan pembuka acara,
Salam diberi tetamu dimulia,
Ucapan Dato' penuh bermakna,
Dalam hati tersemat setia.
 Acara 8  Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin,
 Jamuan Makan dan  Tetamu-tetamu jemputan, penerima-penerima APC yang  diraikan INTAN
 Persembahan  Pentas  serta hadirin sekalian.
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman,
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.
 Dijempt semua hadirin untuk menjamu selera.
 - Cif Zahari mengendalikan persembahan pentas -
ACARA SANTAPAN
DAN
PERSEMBAHAN PENTAS
 Acara 9  Untuk makluman,
 Penyampaian JAZ
 APC 2014  Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin,
 Tetamu-tetamu jemputan serta hadirin sekalian.
 Pada malam ini kita akan meraikan 86 warga JKDM Pulau  Pinang
 yang akan dianugerahkan ANUGERAH PERKHIDMATAN 
 CEMERLANG. Ia sebagai menghargai kecemerlangan  mereka 
 dalam melaksanakan tugas yang digalas. TAHNIAH dan  SYABAS
 Diharapkan dengan anugerah ini, tuan-tuan dan puan-puan  akan 
 berasa dihargai, disayangi dan seterusnya menjadi  penyuntik 
 semangat untuk bekerja lebih gigih, lebih fokus dan 
 lebih komited kepada tugas yang diamanahkan selepas ini. 
 Majlis juga berharap ia akan menjadi pendorong dan  motivasi 
 kepada pegawai-pegawai lain untuk turut mencapai
 kecemerlangan serupa di masa akan datang.
 Dengan ini, majlis berbesar hati menjemput 
 Yang Berbahagia Dato' Hj. Zulkifli b. Yahya
 Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang
 Mempersila dan Mengiringi
 Yang Berbahagia, Dato' Haji Matrang bin Suhaili,
 Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia
 Penguatkuasaan dan Pematuhan
 bagi menyempurnakan acara ini.
 Penerima-penerima APC bagi tahun 2014 dijemput ………………..
 - Rujuk Lampiran - 
 Yang Berbahagia Dato-dato dipohon untuk terus berada
 di atas pentas. INTAN
 SYABAS dan TAHNIAH majlis ucapkan kepada 
 pegawai-pegawai yang dianugerahkan Perkhidmatan  Cemerlang.
 Acara 10  Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin,
 Penyampaian  Para  jemputan serta hadirin sekalian. INTAN
 Cenderahati
 Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput
 Yang Berbahagia Dato' Hj. Zulkifli b. Yahya
 Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang
 untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda ingatan  kepada
 Yang Berbahagia, Dato' Haji Matrang bin Suhaili,
 Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia
 Penguatkuasaan dan Pematuhan.
 Seterusnya, majlis menjemput Yang Berbahagia
 Datin Shimah bt Redzuan untuk menyampaikan cenderahtai
 kepada, Yang Berbahagia Datin Sharifah Halimah bt Tunku Taha.
 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
 Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia
 Datin Sharifah Halimah bt Tunku Taha untuk menerima
 cenderahati kenang-kenangan
 Majlis dengan takzimnya, menjemput.
 Majlis merakamkan jutaan Terima Kasih kepada
 Yang Berbahagia Dato-dato  di atas penyampaian
 Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
 dan penyampaian cenderahati sebentar tadi.
 -Tarian Penutup- 
 Acara 11  Yang Berbahagia Dato-dato, Datin-datin,
 Penutup  Tetamu-tetamu jemputan serta hadirin sekalian. JAZ
 Sempurnalah sudah Majlis Penyampaian Anugerah
 Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 JKDM Pulau Pinang.
 Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja
 Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014
Umpama berjalan dah sampai ke batas
Umpama berkayuh dah sampai ke pulau
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Entah sireh salah sorong
Entah kata salah tutur
Terimalah salam, salam bersantun
Salam yang mohon maaf
Salam yang mohon ampun
 Kami mewakili Pihak Penganjur Memohon Jutaan Kemaafan
 Sekiranya terdapat kekurangan dan kekhilafan bicara
 sepanjang mengendalikan majlis ini.
 Wabillahitaufik Walhidayyah, Assalamualaikum wbt.
 Sekian, terima kasih dari kami.
Bertemakan bollywood



Bersama penari dan dayang-dayang




Bersama penari-penari...tp x cukup pasangan ni...hehehe



Penari dengan costum tarian penutup, punjabi...



Terima kasiih kerana sudi membace...

Luve insyimanhafiz,
Peace with love...

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR INSYIMANHAFIZ